Hari ini:

Perutusan Pegawai Daerah Julau


Selamat sejahtera, terlebih dahulu saya ingin merakamkan syabas kepada pegawai dan kakitangan Pejabat daerah Julau yang terlibat dalam membangunkan Laman Web ini. Dengan terlaksananya Laman Web ini, Pejabat Daerah Julau mampu mengorak langkah bersama-sama jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam usaha memodenkan pengurusan perkhidmatan automasi dan kerajaan elektronik.

Seiring dengan kemajuan Teknologi Maklumat yang berkembang dengan pesatnya dalam masyarakat masa kini, saya berharap Laman web ini dapat mempromosikan Pejabat Daerah Julau kepada pengguna di samping mendedahkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk makluman pelanggan-pelanggannya. Saya berharap, segala maklumat yang disalurkan melalui Laman Web ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan di Pejabat Daerah Julau.

Saya percaya dengan adanya Laman Web Pejabat Daerah Julau ini, dapat membantu orang ramai khususnya masyarakat di Julau dalam mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan dengan lebih tepat. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta membangunkan daerah Julau dan seterusnya bersatu dan berganding bahu untuk mencapai Wawasan 2020.


STEPHEN KALONG NANGGANG
Pegawai Daerah Julau






Paparan terbaik dengan pelayar IE 5+ dan resolusi 1024 X 768.
Hakcipta © 2005 Pejabat Daerah Maradong